Kalau sahabat semua nak disiplinkan diri untuk menyimpan setiap bulan, saya sarankan untuk mulakan simpanan emas melalui kaedah EPP Shariah (Easy Payment Purchase) Public Gold.
Dengan kaedah ini, penyimpan emas boleh melakukan 6 kali pembayaran atau 10 kali pembayaran (bergantung pada promosi) untuk emas yang berharga RM 1,000 ke atau item emas yang paling kecil ialah 1 dinar (4.25g). Selesai buat pembayaran, Public Gold akan hantar emas ke tempat sahabat dengan pos berinsuran.
Dari sudut transaksi pula, pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP dengan Public Gold adalah patuh syariah. Kaedah EPP ini telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.
Tak Paksa Tak Simpan
Walaupun Public Gold ada sediakan platform untuk beli serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP, namun sesetengah orang tak ada rasa TERPAKSA menyimpan setiap bulan. Saya selalunya tak syorkan pembelian secara EPP kerana Public Gold akan kenakan penalti 10% sekiranya kita membatalkan atau gagal melengkapkan pembayaran, namun ada sesetengah penyimpan emas memang memilih kaedah EPP untuk PAKSA DIRI menyimpan setiap bulan.
Bila dah paksa diri kita untuk menyimpan, hilanglah nafsu kita nak berbelanja sebab kita dah siap-siap ketepikan sebahagian duit kita untuk bayar EPP.
Beli Emas Masa Hadapan Dengan Harga Hari Ini
Saya sendiri memilih untuk menyimpan melalui kaedah EPP walaupun kebanyakan orang lebih cenderung untuk menyimpan melalui Akaun Emas GAP. Antara sebabnya ialah saya boleh beli emas pada harga yang rendah walaupun saya belum ada bajet yang mencukupi.
Katakan pada hari itu harga emas menjunam, kita boleh lock harga dengan kaedah EPP dan lakukan pembayaran seperti biasa. Walaupun harga emas naik selepas itu, kita tetap melakukan pembayaran dengan harga yang kita lock sebelum tu.
Contohnya kaedah EPP10 yang saya lakukan di bawah. Harga yang saya lock ketika itu RM 2,684 untuk BungaMas 10g atau RM 268 per gram. Walaupun esoknya harga emas naik sehingga RM 280 per gram, saya masih melakukan pembayaran bagi harga RM 2,684 atau RM 268 per gram.
Sebab tu guru emas saya, En Mohd Zulkifli Shafie memberitahu yang kaedah EPP ni seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Siapa Yang Sesuai Beli Emas Dengan EPP Shariah Public Gold?
Pembelian emas melalui EPP Shariah Public Gold ini sesuai untuk:
- Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
- Nak lock harga emas harga sedang rendah, tetapi belum ada tunai yang mencukupi ketika harga emas tengah rendah.
- Siapa suka “main kutu”. Ya, Kaedah EPP Public Gold ni seolah-olah kita bermain kutu. Cukup masa, emas tu jadi milik kita.
Ciri-Ciri EPP Shariah Public Gold
Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri dan syarat pembelian kaedah EPP ini:
- Jumlah minimum pembelian ialah emas bernilai RM 1,000 ke atas. Saya syorkan kalau nak beli kaedah EPP, item paling minimum yang saya cadangkan ialah 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran bulanan hanyalah sekitar RM200 sebulan kalau pilih EPP10. Bagi item yang lebih kecil, lebih baik beli melalui Akaun Emas GAP. Ia jauh lebih jimat dan mudah.
- Boleh bayar selama 6 bulan, EPP6 atau 10 bulan, EPP10 (bergantung promosi). Bagi item gold bar 250 gram dan ke atas, boleh mohon dengan Public Gold untuk bayar ansuran selama 10 bulan (EPP 10 bulan). Kadang-kadang, Public Gold ada juga buat promosi belian emas 100 gram pun boleh buat EPP 10 bulan.
- Public Gold akan menghantar emas melalui pos berinsurans. Selesai saja buat pembayaran, sahabat boleh buat pembayaran untuk kos penghantaran dan Public Gold akan hantar emas tersebut ke alamat sahabat. Sahabat masih boleh dapatkan emas sekiranya EPP6 dihabiskan dalam tempoh 4 bulan iaitu lebih awal dari jadual, Bagi jumlah emas bawah 21gram dan bagi emas melebihi 21gram boleh dituntut di cawangan Public Gold yang terdekat.
- Caj EPP Premium dikenakan. Terdapat caj tambahan kecil yang dikenakan iaitu caj EPP Premium dan juga caj Gold Premium dan caj ini bergantung pada berat emas yang kita beli.
- Caj penalti 10% sekiranya tiada pembayaran dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau sahabat ingin membatalkan pembelian EPP Shariah Public Gold.
Kesimpulannya
Bagi saya, Public Gold sudah pun menyediakan platform yang fleksibel untuk kita memupuk tabiat menyimpan kita. Dengan bajet yang kecil pun kita dah boleh dapatkan harga emas yang mahal tu. Penat lelah kita bayar bulan-bulan melalui EPP Shariah Public Gold, akhir sekali kita pasti akan dapat emas yang kita beli tu.
Semoga bermanfaat.
Fahmi Shah
12 Muharam 1444H
Bandar Baru Selayang