Antara risiko menyimpan duit dalam akaun bank, atau mana-mana akaun simpanan yang lain seperti Tabung Haji (TH) atau pun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah kita akan kerap untuk melihat baki akaun yang tinggal. Lagi-lagi kalau TH atau ASB baru umumkan dividen, lagi ligat kita nak tengok berapa baki yang ada dalam akaun tu.
Asal nampak baki lebih sikit, mulalah merancang nak beli itu dan ini. Ada saja keperluan tiba-tiba datang walaupun hakikatnya ia tak pernah pun jadi keperluan. Hari ni keluar sedikit, bulan depan kalau ada baki keluarkan lagi. Lama-lama jumlah simpanan kita pun makin sikit dan kita jua akhirnya yang masih ditakuk yang sama. Tak kaya-kaya.
Kemudian pelik kenapa tiap-tiap tahun jumlah tak meningkat. Tahun demi tahun, simpanan kita setakat itu saja dan tak pernah bertambah. Bukan simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit tetapi hakikatnya simpan sikit-sikit, lama-lama masih sedikit!
Kalau berlaku perkara macam ni, bermakna kita sebenarnya ada penyakit kewangan. Simpan sikit-sikit, namun hujung bulan bocor. Awal bulan gaji masuk kita asingkan sedikit untuk dijadikan simpanan, namun hujung bulan kita korek simpanan kita. Ini yang berlaku tiap-tiap bulan.
Penyakit Kebocoran Simpanan

Situasi yang berlaku di atas pakar kewangan mengatakan sebagai penyakit kebocoran simpanan. Walaupun kita mempunyai tabiat menyimpan setiap bulan, namun kita juga ada tabiat berbelanja yang kuat. Asal nampak duit, kita nak belanja. Asal nampak duit lebih, mulalah berangan nak beli itu ini.
Sebab itu, pakar atau guru kewangan selalu menasihatkan untuk kita mempunyai satu bentuk simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” atau “forgotten saving”. Simpan dan terus dilupakan. Bila dah menyimpan, jangan tengok jumlah baki tu.
Contoh mudah; kita buat potongan automatik ke dalam TH atau ASB, tapi jangan link-kan akaun berkenaan dengan mana-mana telefon kita. Kita hanya akan semak jumlah berkenaan ketika perlu sahaja sama ada nak guna sewaktu kecemasan atau semasa nak kemaskini akaun. Tahu-tahu nanti simpanan kita sudah berkembang bila kita nak kemaskini akaun berkenaan. Masa tu nanti barulah boleh buat keputusan untuk kembangkan simpanan tu melalui pelaburan, sebab simpanan kita dah banyak.
Bila kita ada forgotten saving, kita memang susah nak berbelanja. Simpanan akan lebih bertahan lama dan kita pun taklah selalu semak berapa baki dalam akaun tu. Bila hilang rasa berduit, kemahuan untuk berbelanja tu pun tak ada.
Hilang Rasa Berduit Dengan Emas
Salah satu cara yang saya amalkan untuk elak rasa berduit ialah dengan membuat simpanan emas. Guru emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie sendiri menyarankan yang orang ramai untuk mulakan simpanan emas untuk dijadikan sebagai forgotten saving.
Emas memang sangat berkesan untuk merawat penyakit kebocoran simpanan sebab emas tiada nombor berbanding akaun bank, TH atau ASB, kita nampak nombor iaitu jumlah simpanan kita. Sebenarnya nombor-nombor dalam akaun itu tadi yang mempengaruhi emosi kita untuk berbelanja. Makin banyak nombor, makin kuat tarikan untuk berbelanja.
Kalau kita simpan emas, kita tak tahu nilai sebenarnya. Apa yang kita tahu hanyalah jumlah kepingan emas yang kita ada. Kalau nak ambil tahu nilai sebenar pun semasa nak semak untuk bayar zakat sahaja.
Bocor simpan, bocor simpan. Ini kesan “berduit dan rasa berduit”. Simpanan susah nak bertambah dan kekayaan pun tak akan berkembang. Walaupun berduit itu penting, namun rasa berduit itu sangat bahaya. Tetapi lagi teruk mereka yang “tidak berduit, tetapi rasa berduit”.
Apabila kita jadikan emas sebagai sebahagian simpanan kita, kita akan rasa tak berduit, walaupun hakikatnya emas itu sendiri merupakan duit, cuma dalam bentuk yang berbeza. Bila rasa tak berduit, kemahuan kita untuk berbelanja pun kurang dan dalam sedar tak sedar, simpanan makin bertambah dan kekayaan mudah nak berkembang.
Duit dicipta untuk dibelanjakan. Emas dicipta untuk disimpan. – Mohd Zulkifli Shafie.
Benarlah kata guru emas saya. Bila kita berduit, kita cenderung untuk berbelanja. Bila kita simpan emas, kekayaan kita makin bertambah kerana sifat emas itu sendiri untuk disimpan. Sebab itu, ramai orang sekarang yang mula mengalihkan sebahagian simpanan mereka ke dalam bentuk emas.
1 Bulan 1 Gram
Bagi yang belum pernah menyimpan dalam bentuk emas, saya sarankan untuk mulakan dengan 1 bulan 1 gram emas. Ini cara yang berkesan untuk faham tentang selok belok simpanan emas dengan bajet yang kecil. Konsisten menyimpan 1 bulan 1 gram.
Mulakan dengan nilai yang kecil dulu, jangan bercita-cita terlalu tinggi. Simpan secara konsisten walaupun nilainya kecil lebih baik dari beli banyak kemudian berhenti. Ini kerana perkara penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul, kalau dilakukan secara konsisten akan memberi kesan yang besar untuk jangka panjang.
Simpan 1 bulan 1 gram, nanti hujung tahun sudah ada 12 gram. Kemudian ulang perkara yang sama untuk tahun berikutnya. Kalau ada kenaikan gaji, boleh tingkatkan jumlah simpanan kita pada bulan tu nanti.
Antara kelebihan lain, simpanan kita tak akan dimakan inflasi, kerana emas itu sendiri merupakan aset yang kalis inflasi. Saya ada kongsikan bagaimana emas merupakan aset yang kalis inflasi dalam artikel 3 Sebab Anda Perlu Mulakan Simpana Emas Hari Ini.

Bagi sahabat yang nak mulakan simpanan emas, saya sarankan untuk gunakan platform yang disediakan oleh Public Gold (PG), iaitu Akaun Emas GAP.
Akaun Emas Gold Accumulation Program atau Akaun Emas GAP ialah platform yang disediakan oleh PG dan ia merupakan salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.
Konsep GAP sama seperti akaun bank atau platform pelaburan yang lain, bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas. Paling penting, Akaun Emas GAP ni disahkan patuh shariah oleh Armanie Advisors.
Jadi, sahabat yang nak jadikan Akaun Emas GAP sebagai forgotten saving dan nak tahu lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP, boleh hubungi saya. Saya akan berikan bimbingan yang terbaik dan secara percuma. WhatsApp saja saya bila-bila masa. Boleh klik link di bawah untuk hubungi saya.
Semoga bermanfaat.
Fahmi Shah
19 Syaʿban 1443H
Bandar Baru Selayang