Hai, saya Mohammad Fahmi Shah.
Boleh panggil saya Fahmi.
Saya berasal dan membesar di Kuala Lumpur dan kini menetap di Bandar Baru Selayang, Selangor.
Sudah mendirikan rumahtangga, dan kini merupakan juruanalisa sistem di sebuah institusi keselamatan sosial negara.
Saya merupakan penyimpan emas yang aktif sejak tahun 2014, dengan membeli 1 dinar sebagai permulaan dan selepas itu terus menyimpan emas secara konsisten sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya dapat dari simpanan emas dan dua (2) manfaat yang paling utama ialah;
- Mengelak kebocoran simpanan.
- Kekayaan terselamat dari inflasi.
Penyimpan Emas Sejak 2014
Walaupun sudah mengikuti perkembangan emas sejak 2010, tetapi hanya mula mengambil keputusan membeli emas pertama pada Sepember 2014. Belian pertama saya ialah 1 dinar (4.25 g) berketulenan 91.6 dengan harga RM 555 dari Public Gold.
Tak sampai setahun, saya sudah kumpul sebanyak 14 dinar yang nilainya ketika itu sekitar RM 7,950. Sebagai orang muda yang baru menjalani kehidupan berkerjaya, saya merasakan itu pencapaian yang baik .
Saya tidak meletakkan simpanan ke dalam instrumen pelaburan yang lain, kerana saya yakin jika disimpan dalam bentuk emas kekayaan saya bertahan lebih lama malah pulangannya jauh lebih untung.
Dinar-dinar itu saya jadikan hadiah kepada isteri saya semasa perkahwinan kami. Alhamdulillah, dinar-dinar itu masih tersimpan di tangan isteri saya.
Perjalanan 1 Bulan 1 Gram
Sebagai seorang ketua keluarga, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kelangsungan simpanan untuk keluarga. Untuk mengelakkan dari kebocoran simpanan, saya menetapkan minima 1 gram untuk saya simpan setiap bulan sebagai simpanan jangka masa panjang.
Tiba hari dapat gaji, terus saya tukar sebahagian kepada emas dan selebihnya baru berbelanja ikut keperluan. Dengan jumlah minima 1 gram setiap bulan ini, tak terasa bebanannya jika nak menyimpan 1 dinar sebulan macam bujang dulu.
Dulu saya mampu untuk menyimpan 1 dinar sebulan kerana tidak ada komitmen seperti sekarang. Jadi saya perlu tukar strategi yang sesuai dan berkesan untuk keadaan semasa. Asalkan menyimpan!
Dengan kemudahan akaun emas yang disediakan oleh Public Gold yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP), proses simpanan emas saya berjalan begitu lancar. Semudah login, pilih gram dan bayar menggunakan platform FPX, dalam 24 jam akaun GAP saya akan dikemaskini.
Potensi Syiling Emas 14 Dinar
Di atas merupakan senarai transaksi 14 dinar yang saya jadikan sebagai hantaran kepada isteri saya sewaktu saya mendirikan rumah tangga pada awal pertengahan tahun 2015.
Saya bandingkan harga ketika saya beli dahulu sehingga harga pada 28/03/2021, saya dapati jumlah pulangannya lebih 70% untuk tempoh 6 tahun, atau puratanya 10% setiap tahun!
Boleh tak saya katakan yang simpan dalam bentuk emas lebih baik dibandingkan dengan simpan dalam ASB atau Tabung Haji? Menurut pakar kewangan Azizi Ali, kadar pulangan sekitar 10% dianggap satu pulangan yang bagus untuk pelaburan.
Dealer Sah (Authorised Dealer) Public Gold
Tahun 2021, saya mengambil keputusan untuk menjadi dealer Public Gold, sebuah syarikat pengeluar dan jual beli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia. [Baca lanjut tentang Public Gold]
Dah alang-alang menyimpan emas dan sudah merasai kebaikan dan kelebihannya, saya rasa perlu untuk berkongsikan ilmu tentang emas ini dengan orang ramai supaya mereka juga dapat merasai kebaikan dan kelebihan menyimpan emas.
Mudah-mudahan dengan usaha ini, dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai dan dapat membantu mengukuhkan status kewangan mereka secara tidak langsung. Insha Allah.
BERNAUNG BAWAH G100 NETWORK
Saya merupakan dealer aktif yang bernaung bawah rangkaian G100 Network (G100) iaitu rangkaian dealer dan pelanggan di bawah bimbingan dan kepimpinan En. Mohd Zulkifli Shafie.
Misi utama G100 ialah untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (MD) menjelang 2024 yang mana mereka ini berperanan aktif dalam mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul tentang simpanan emas dan kewangan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, insha Allah.