Di halaman ini saya sediakan soalan lazim yang rata-rata mereka yang baru nak mulakan simpanan emas akan sering bertanya. Ini sekadar jawapan ringkas, untuk tahu lebih mendalam perlu baca artikel-artikel berkaitan di blog ini.
Sahabat juga boleh terus WhatsApp kalau nak terus tanya kepada saya.
Soalan Lazim Simpanan Emas
Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit. Jadi dalam satu-satu masa, harga GAP boleh jadi lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.
Harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga untuk fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.
Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut.
Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24K atau emas 999, tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22K atau emas 916. Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit simpanan yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi?
Jangan buang masa tunggu harga rendah baru nak beli emas. Dalam masa kita nak tunggu harga emas turun, potensi duit kita hangus dibelanjakan itu jauh lagi tinggi.
Untuk jangka pendek, harga emas sentiasa ada naik turun. Tetapi dalam jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik sebagaimana kenaikan harga barang keperluan.
Harga keperluan asas pun ada kenaikan saban tahun, inikan emas.
Dalam bahasa yang mudah, spread selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Ibarat kita beli barang kemas di kedai emas, bila nak jual balik kedai emas akan tolak 25% dari harga semasa. Itu untuk tanggung kos operasi & keuntungan peniaga emas, sama macam transaksi dengan money changer.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan spread? Baca artikel Spread Emas Public Gold.
Tidak. Pelaburan emas tidak ada pendapatan seperti dividen ASB atau Tabung Haji. Kalau ada mana-mana pihak menawarkan pelaburan emas yang ada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen, itu semua skim cepat kaya/money game bertopengkan emas (scam).
Emas dalam bentuk akaun GAP mahupun fizikal (gold bar atau dinar) jika jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih, dan cukup setahun, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa.
Sahabat boleh rujuk zakat.com.my atau pusat zakat negeri masing-masing.
Soalan Lazim Public Gold
Public Gold adalah syarikat jual beli emas dan perak berlandaskan syariah yang terbesar di Malaysia. Sehingga kini, Public Gold mempunyai 16 cawangan di Malaysia dan 3 cawangan di Indonesia.
Public Gold merupakan jenama emas yang paling dipercayai sejak 2008 dan diterima meluas oleh ar-Rahnu di Malaysia malah sudah satu juta penyimpan emas yang berdaftar dengan Public Gold.
Baca lebih lanjut berkenaan dengan Public Gold. Baca artikel Pengenalan Public Gold.
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang mempunyai sijil kepatuhan syariah yang dipantau oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.
Kesemua transaksi di Public Gold disahkan patuh shariah oleh Amanie Advisors. Transaksi berikut ialah:
1. Belian dan jualan emas fizikal dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Transaksi jual beli di akaun emas GAP.2. , jualan balik (Buy Back) Patuh syariah bagi belian akaun emas GAP.