People are more likely to take action toward a goal after times that represent new beginnings (e.g. new week, new month, new year).
– The Fresh-Start effect.
Selalunya bila tiba tahun baru, rata-rata orang ramai akan mula untuk tanamkan cita-cita atau azam baru untuk tahun tersebut. Mungkin ada yang ingin mulakan tabiat baru yang lebih baik, mungkin ada yang ingin lebih mengamalkan hidup yang sihat, mungkin ada yang ingin menjadi seorang yang lebih kuat bekerja untuk keluarga atau ingin mencuba sesuatu yang baru.
Senang cerita, tahun baharu ini mahu dijadikan tahun yang lebih baik dari tahun lepas.
Jadi, dengan kedatangan tahun baharu 2023, saya mengajak sahabat pembaca semua untuk kita berazam untuk kukuhkan status kewangan kita dengan simpanan emas.
Bagi mereka yang belum pernah menyimpan emas, inilah masanya untuk kukuhkan kewangan anda dan elakkan kebocoran kewangan tahun ini dengan simpanan emas. Tak perlu modal yang besar, cukup sekadar 1 bulan 1 gram sehingga hujung tahun.
Menurut mentor dan guru emas saya iaitu Encik Mohd Zulkifli Shafie, mereka yang tidak ada pengalaman menyimpan emas dan baru nak mulakan simpanan emas, boleh mulakan dulu dengan 1 gram. Bila dah mulakan simpanan emas dengan 1 gram, mereka akan dapat tiga (3) perkara atau kelebihan sebagai permulaan.
#1 Benchmark Harga
Setiap orang mempunyai benchmark harga yang berbeza dan bergantung pada harga emas yang mereka beli kali pertama dulu. Mahal murah emas itu berbeza jika mereka membeli pada waktu yang berbeza.
Contohnya, harga syiling emas dinar berketulenan 999.9 pertama yang saya beli dari Public Gold ialah RM 641, iaitu ketika tahun 2015 dulu. Sahabat pula mulakan pembelian syiling emas dinar yang sama hari ini dengan harga RM 1,209.
Bagi saya, emas yang sahabat beli tu mahal sebab dulu saya beli hanya RM 641 dan sahabat pula akan melihat emas yang sahabat beli itu mahal berbanding dengan emas yang saya beli dulu.
Begitulah fungsinya benchmark harga emas.
#2 Mudah dan Cepat Faham Tentang Emas
Bila dah dapat benchmark harga sendiri, baru kita akan senang dan cepat nak faham tentang emas. Samalah macam kita beli barang yang baru, kita secara sendiri akan mula lakukan “homework” untuk fahamkan macam mana nak gunakan barang baru tu.
Bila dah mulakan simpanan emas ni, selalunya orang akan lebih mengkaji dan mencari lebih banyak ilmu tentang emas. Dari situ kita akan lebih faham tentang gold premium, gold spread, ketulenan emas, perbezaan emas pelaburan dengan emas perhiasan dan banyak lagi.
Mungkin kita dah lakukan pembacaan sebelum menyimpan emas, tapi lepas dah mulakan simpanan emas yang pertama, kita “terpaksa” faham dan hadam lebih banyak ilmu tentang simpanan emas.
#3 Jadikan Pembelian Pertama Sebagai Motivasi
Setiap orang akan rasa susah nak lakukan pembelian pertama sebab masih takut-takut atau tak yakin dengan produk yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi dengan simpanan emas, kerana harga yang bayar tu bukannya murah.
Namun, rata-rata lepas dah mulakan simpanan emas pertama mereka akan lebih bersemangat untuk “topup” simpanan emas mereka. Sebabnya mereka dah ada pengalaman melakukan transaksi pembelian emas, mereka yakin dengan platform yang mereka gunakan untuk membeli dan menyimpan emas dan mereka sudah ada ilmu tentang simpanan emas.
Azam Baru 2023: Tahun Menabung Emas
Saya syorkan sahabat untuk mulakan simpanan emas dengan Public Gold dengan platform Akaun Emas GAP. Konsisten menyimpan 1 bulan 1 gram sepanjang tahun 2023, dan hujung tahun sahabat sudah ada 12 gram emas berketulenan 999.9 dalam simpanan.
Cukup 12 gram, terpulang sahabat nak keluarkan dalam bentuk syiling emas atau jongkong emas.
Tapi, kalau sahabat belum ada bajet bulanan yang cukup untuk menyimpan 1 bulan 1 gram, sahabat masih boleh menyimpan emas dengan harga RM 100 sebulan. Akaun Emas GAP yang disediakan Public Gold membolehkan sahabat untuk menyimpan emas bernilai RM 100.
Paling penting patuh shariah dan tidak ada syarat wajib untuk beli setiap bulan atau tiada komitmen bulanan dengan Public Gold.
Dalam jadual di atas adalah kiraan kasar jumlah simpanan emas yang sahabat boleh capai dalam tempoh setahun jika sahabat konsisten menyimpan emas setiap bulan sepanjang tahun 2023. Kuncinya ialah konsisten dan sabar. Sesuatu hasil itu perlukan masa.
Semoga tahun ini merupakan tahun di mana kita dapat lebih berdisiplin dalam meningkatkan status kewangan kita. Secara tak langsung dapat melindungi kekayaan kita dengan adanya simpanan emas.
Sahabat yang nak tahu lebih lanjut atau nak mulakan simpanan emas, hubungi saya sekarang.
Saya akan bantu sahabat untuk mulakan simpanan emas.
Selamat tahun baharu 2023.
Fahmi Shah
13 Jamadil Akhir 1444H
Bandar Baru Selayang