Public Gold akan keluarkan rekaan syiling emas dinar yang terbaharu menggantikan rekaan yang sedia ada dalam tempoh yang terdekat. Rekaan yang baharu ini adalah ke arah “standard packaging” dinar edisi LBMA (London Bullion Market Association). Dalam bahasa yang mudah, rekaan ini ialah rekaan yang mengikut standard emas pelaburan yang sebenar.
Public Gold Pernah Keluarkan Emas LBMA
Untuk pengetahuan sahabat semua, sebelum ni Public Gold memang keluarkan emas mengikut “standard packaging” menerusi Nadir Metal Refinery, namun sejak GST sudah dimansuhkan, Public Gold kembali keluarkan emas seperti biasa (emas dan sijil ketulenan berasingan).
Emas Public Gold Mesra ar-Rahnu
Mengikut pengalaman dealer atau pun penyimpan emas Public Gold, emas-emas keluaran Public Gold sememangnya mesra ar-Rahnu. Maklumbalas mereka rata-rata emas Public Gold amat mudah nak dipajak ini termasuk emas-emas Public Gold tidak dikeluarkan dari sampul atau dicalarkan untuk dilakukan ujian ketulenan.
Antara ar-Rahnu yang mudah nak berurusan dengan emas Public Gold ialah;
- Pos ArRahnu
- Ar-Rahnu Tekun
- Ar-Rahnu KDE (Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang)
Tambahan lagi, pengasas Public Gold sendiri iaitu Dato Wira Louis Ng memberikan jaminan bahawa dinar generasi baharu ini, jika dibuka sarungnya atau jika ar-Rahnu membuka plastiknya, atau jika tergaris, ada calar atau ada bengkok, harga belian balik adalah sama seperti yang dipaparkan dalam laman web Public Gold.
Bila pengasas sendiri dah bagi jaminan macam tu, jadi tak ada sebab lagi untuk saya, penyimpan emas di bawah saya dan sahabat semua untuk ragu-ragu untuk simpan emas keluaran Public Gold.
Semoga bermanfaat.
Fahmi Shah
5 Zulkaedah 1444H
Bandar Baru Selayang
Kemaskini 20 Ogos 2023.