Walaupun emas secara hakikinya merupakan logam mulia atau barang yang bernilai, namun secara teknikalnya emas itu berbeza. Macam mana tu?
Contoh paling mudah yang boleh saya berikan ialah emas pelaburan dan emas barang perhiasan. Walaupun kedua-keduanya emas, namun terdapat kos yang berbeza untuk menghasilkan emas pelaburan dan emas untuk barang perhiasan.
Sebab tu, bukan semua emas sesuai dijadukan untuk tujuan pelaburan dan simpanan. Kalau nak memaksimakan keuntungan, saya hanya syorkan dua bentuk emas ini saja iaitu;
- Gold bar (jongkong emas)
- Gold coin (syiling emas seperti Dinar)
Kebiasaanya kedua-dua bentuk emas ini mempunyai ketulenan yang tinggi iaitu 995 dan ke atas.


Barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan disebabkan harganya yang lebih tinggi dan spreadnya juga lebih tinggi. Barang kemas dicipta untuk dijadikan alat perhiasan, bukan untuk pelaburan.
Pilih Emas Secara Pakej
Menurut En. Mohd Zulkifli Shafie iaitu guru emas dan mentor saya, kalau nak pilih emas pastikan kita lihat secara keseluruhan kriteria atau secara pakej. Bukan lihat kepada harganya sahaja. Sebab harga emas yang murah bukanlah peranan utama untuk memaksimakan keuntungan pelaburan emas.
Kriteria atau pakej ini yang akan menentukan sejauh masa kita dapat memaksimakan keuntungan melalui emas itu nanti.
Kriteria #1 Harga Rendah
Kriteria yang pertama ialah pastikan “harga per emas” yang kita nak beli itu lebih rendah dari syarikat atau pengeluar emas yang lain. Di sini, kita perlu rajin untuk untuk membuat sedikit perbandingan dengan pengeluar emas yang lain.
Bila harga per gram rendah, kita berpeluang untuk untuk menbeli lebih banyak gram dengan bajet yang kita ada. Paling penting sekali, kalau untuk tujuan pelaburan kena pastikan harga per gram dia lebih rendah berbanding harga per gram dari kedai emas kerana barang kemas selalunya harga per gram lebih tinggi dari emas pelaburan.
Kena semak jugak kos-kos lain yang tidak dipaparkan sebab harga yang dipaparkan selalunya tidak termasuk caj-caj yang lain. Walaupun harga yang dipaparkan nampak seperti lebih rendah, namun bila dah ditambah dengan caj-caj lain, baru kita tahu berapa harga per gram sebenarnya yang perlu kita bayar.
Di Public Gold, setakat ini caj yang ada hanyalah caj “gold premium”. Kalau nak emas itu dihantar ke rumah, kita kena bayar caj penghantaran berinsuran dan Public Gold akan hantar emas itu ke tempat kita.
Kriteria #2 Kadar Spread Rendah
Keduanya, pastikan spread / selisih harga jual dan beli lebih rendah berbandung syarikat atau pengeluar emas yang lain.
Spread ni dalam bahasa mudahnya ialah peratus perbezaan harga semasa kita beli dan jual emas tersebut, konsep dia sama macam kita pergi ke money changer / pengurup wang. Kalau kita nak beli satu-satu matawang itu, kita akan lihat pada column SELL/JUAL, namun bila nak jual semula matawang tadi, kita akan rujuk pula column BUY/BELI.
Sama juga konsepnya bila kita nak beli emas. SELL/JUAL merupakan harga yang mereka (pengeluar emas) jual kepada kita, dan BUY/BELI merupakan harga yang mereka akan beli dari kita. Perbezaan peratusan harga inilah yang kita panggil spread.
Contoh formula pengiraan spread ialah seperti di bawah;
((Harga jual - Harga Beli ) / Harga Jual ) x 100

Kalau kita buat pengiraan untuk item emas 10 gram seperti jadual harga di atas, kita akan dapat seperti di bawah
((2811-2558) / 2811) x 100 = 9%
Untuk item emas 10 gram keluaran Public Gold, kadar spreadnya ialah 9%
Berdasarkan En. Mohd Zulkifli Shafie, kadar spread yang baik untuk emas pelaburan ialah 10% dan ke bawah. Kalau kadar spread lebih tinggi dari 10%, boleh cari emas dari syarikat atau pengeluar emas yang lain.
Spread ini yang akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan kita dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.
Jangan sekali-kali jual emas kita itu di kedai emas sebab kebiasaanya spread yang dikenakan ialah antara 20% hingga 40%. Sebab itu tidak disyorkan berurusan di kedai emas melainkan kita benar-benar nak beli emas untuk perhiasaan, bukan untuk pelaburan.
Paling penting, walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah mengikut pergerakan harga emas dunia, namun kadar spread ialah tetap bagi setiap pengeluar emas. Melainkan terdapat perubahan dalam pasaran emas contohnya seperti kes GST dulu.
Kadar spread inilah sebenarnya kadar keuntungan penjual emas. Kadar ini yang digunakan oleh penjual emas untuk menanggung kos operasi syarikat mereka.
Kriteria #3 Stok Tiada Had
Rata-rata syarikat pengeluar atau penjual emas boleh menjual emas apabila harganya tinggi, namun apabila harga emas jatuh, kebanyakannya tiada stok. Kalau nak beli emas kena tunggu harga naik semula.
Perkara macam ni sebenarnya sangat merugikan pelabur emas kerana asas keuntungan dalam mana-mana pelaburan ialah “buy low sell high”. Bila berlaku macam ni, maka pelabur-pelabur besar dalam pelaburan emas ni hanya boleh lihat saja harga emas yang sedang murah tu.
Mana-mana syarikat atau pengeluar emas yang mampu menyediakan emas ketika harga sedang menjunam, itu bermakna syarikat itu merupakan syarikat yang sangat stabil kerana mampu memenuhi kehendak pasaran.
Kalau ikutkan pengalaman bila harga emas sedang rendah, antara pengeluar emas yang mampu menjual emas tanpa had kepada pelabur emas atau orang ramai buat masa ini ialah Public Gold. Public Gold mampu untuk membekalkan 100 kilogram dalam tempoh waktu yang munasabah kepada sesiapa yang nak beli 100 kilogram emas.
Antara kelebihan lagi, Public Gold benarkan kita “lock price” atau “kunci harga” untuk kita “book” emas tersebut ketika harga sedang jatuh. Contohnya pada harga emas sedang turun mendadak pada jam 9.00 malam, maka kita boleh “lock” harga emas pada waktu tersebut dan lakukan pembayaran pada hari berikutnya.
Pelabur dapat memaksimakan keuntungan melalui kemudahan yang disediakan oleh syarikat Public Gold.
Kriteria #4 Emas Mudah Dijual
Ini kriteria paling penting dalam pelaburan emas. Kebanyakan syarikat atau pengeluar emas memang tak ada masalah untuk kita beli daripada mereka, namun bila kita nak jual semula emas tu nanti macam-macam syarat yang dikenakan.
Sebab tu, kita kena kenal pasti dulu syarat yang diletakkan oleh syarikat atau pengeluar emas untuk kita jual semula emas tu kepada mereka nanti. Dalam erti kata lain, kita kena cari syarikat atau pengeluar emas yang tidak cerewet kalau kita nak jual semula emas yang kita pernah beli dulu.
Sesetengah syarikat atau pengeluar emas perlukan resit belian asal, kondisi emas mesti kekal seperti kita beli dulu. Kalau emas tu rosak, sama ada kemek, bengkok, calar atau pun terbuka dari pembalut (seal) dia, mereka mungkin takkan membeli kembali emas tadi ataupun membelinya dengan harga yang jauh lebih rendah, melebihi kadar spread asal.
Bila berlaku kes macam ni, yang ruginya tentulah kita sebagai pelabur emas. Kita terpaksa menjualnya di kedai emas dengan kadar spread 20% hingga 40%. Ini amat merugikan.
Emas pelaburan yang terbaik ialah emas yang mendapat jaminan daripada syarikat atau pengeluar emas bahawa mereka akan membeli semula emas tersebut tanpa syarat yang banyak. Kalau berlaku kerosakan pun, mereka tetap membelinya dengan harga yang tinggi.
Kriteria #5 Cawangan Syarikat/Pengeluar Emas Banyak
Selain daripada kriteria di atas, kita juga kena pastikan cawangan syarikat atau pengeluar emas yang kita nak beli tu banyak. Ini untuk memudahkan kita untuk berurusan untuk beli dan jual semula emas kita.
Ini penting sebab kita dapat kurangkan kos-kos tambahan seperti kos petrol, tol dan lebih-lebih lagi kos masa. Kalau katakan kita perlu gunakan wang dengan cepat dan kita perlu jual emas untuk dapatkan wang tunai, jadi tak ada masalah untuk kita nak bawa emas ke cawangan berhampiran.
Jimat masa dan kos petrol, dan urusan pun selesai dengan cepat.
Jangan terlalu bergantung pada ejen syarikat atau pengeluar emas tersebut sebab ejen tidak terikat dengan waktu operasi syarikat dan ejen juga kadang-kadang tak simpan stok emas yang banyak dan tunai yang besar kalau kita nak jual emas tu pada ejen emas tersebut.
Nilaikan Secara Keseluruhan
Ini antara 5 kriteria penting yang perlu kita semak sebelum nak beli emas untuk tujuan pelaburan atau pun simpanan. Kita kena semak secara keseluruhan kriteria barulah kita dapat jana keuntungan semaksimum mungkin.
- Harga rendah
- Spread rendah
- Stok tiada had
- Emas mudah dijual
- Cawangan syarikat/pengeluar emas yang banyak.
Kalau untuk emas perhiasan atau pun emas sekadar untuk koleksi, mana-mana syarikat, pengeluar emas atau kedai emas pun tak kisah sebab tujuan utama kita bukanlah untuk pelaburan. Kalau untuk pelaburan, boleh rujuk kriteria yang dikongsikan kemudian buatlah pilihan yang bijak yang terbaik untuk anda.
Semoga bermanfaat.
Fahmi Shah
12 Syaʿban 1443H
Bandar Baru Selayang
Photo by Zlaťáky.cz on Unsplash