Public Gold selangkah ke hadapan!
Baru-baru ini, majlis tandatangan persefahaman kerjasama (MoU) antara Public Gold, melalui anak syarikatnya iaitu Public Gold Mint Sdn Bhd dengan SIRIM telah diadakan untuk menetapkan piawaian emas bagi pasaran emas di Malaysia sekali gus melindungi dan memberikan jaminan ketulenan emas kepada penyimpan emas di Malaysia dan seluruh dunia nanti.
Perjanjian persefahaman ini merupakan sebahagian dari rancangan 10 tahun Public Gold untuk mendapatkan pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA) yang mana dengan pengiktirafan LBMA ini membolehkan Public Gold mengembangkan perniagaannya emasnya keseluruh dunia!
Setakat ini hanya terdapat 74 badan yang mendapat pengiktirafan LMBA yang terdiri dari 23 negara. Apabila Public Gold mendapat pengiktirafan LMBA nanti, bermakna emas keluaran Public Gold setanding dengan emas keluaran negara-negara lain dalam senarai LBMA.
Malah, emas-emas keluaran Public Gold bebas untuk diniagakan di negara-negara luar kerana telah mendapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pasaran emas.
Public Gold merupakan syarikat pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan SIRIM untuk menetapkan piawaian produk-produk emas melalui makmal SIRIM iaitu Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia atau National Metrology Institute of Malaysia (NMIM).
Syabas Public Gold dan SIRIM!
Pengumuman Perjanjian di Facebook SIRIM
Siaran media: Public Gold Mint inks MoU with Sirim (thesundaily.my)
Kredit foto: Facebook SIRIM
Fahmi Shah
6 Rabiul Akhir 1444H
Bandar Baru Selayang