Apa itu “spread”?
Dalam bahasa yang mudah, spread selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Ibarat kita beli barang kemas di kedai emas, bila nak jual balik kedai emas akan tolak 25% dari harga semasa. Itu untuk tanggung kos operasi & keuntungan peniaga emas, sama macam transaksi dengan money changer.
Kalau kita lihat di laman web Public Gold, ada dua (2) harga yang kita boleh lihat iaitu; PG SELL dan juga PG BUY.
PG SELL bermaksud harga yang Public Gold jual kepada kita. PG BUY pula ialah harga Public Gold beli semula kalau kita nak jual semula emas Public Gold.
Perbezaan harga PG Sell dan PG BUY itulah yang panggil Spread.
Harga yang dipaparkan gi PG BUY tu dah ditolak % spread yang Public Gold tetapkan dan kadar spread tu tetap walaupun harga berubah-ubah. Contohnya gold bar 10g mempunyai spread 9%. Harga PG BUY gold bar 10g tu lepas tolak 9% dari harga PG SELL semasa.
Formula Pengiraan Spread Emas Public Gold
Sahabat boleh rujuk formula di atas dan masukkan nilai atau harga ikut PG SELL dan PG BUY. Jadual di bawah ni saya masukkan harga bagi gold bar 10g Public Gold. Kalau saya guna formula di atas, untuk gold bar 10g Public Gold, spread yang Public Gold letak ialah sebanyak 9%.
Emas Terbaik Spreadnya Rendah
Nasihat guru emas saya iaitu En. Mohd Zulkifli Shafie, lagi rendah spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan akan kita dapat apabila harga emas naik.
Menurut beliau lagi, spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau spreadnya lebih 10%, lupakan saja emas tu dah cari emas yang mempunyai spread 10% ke bawah.
Di Public Gold, spread paling tinggi ialah 9% untuk goldbar 10g dan ke bawah (termasuk 1 Dinar) dan paling rendah ialah 6%, iaitu untuk goldbar 250g dan ke atas. Saya boleh katakan yang spread Public Gold ini antara yang terendah di Malaysia berbanding kebanyakan kedai/syarikat emas yang lain di Malaysia.
Jadi sebelum melakukan apa-apa belian emas, pastikan kita kira dahulu spread yang dikenakan untuk emas yang kita nak beli tu. Dari situ kita tahu, berbaloi atau tidak kita beli emas itu berdasarkan spread yang dikenakan.
Kalau sahabat ada sebarang pertanyaan berkenaan spread, boleh komen di bawah atau terus hubungi saya. Saya akan bantu anda sebaiknya.