Apa itu Gold Premium?
Gold Premium atau Caj Premium merupakan caj yang melibatkan kos-kos untuk menghasilkan produk-produk emas/perak Public Gold. Senang cerita, semua kos dari A to Z, dari kilang ke tangan customer, disatukan dan dipanggil Gold Premium. Ini tidak termasuk kos penghantaran.
Harga emas yang Public Gold jual berdasarkan harga emas dunia secara real-time (berubah setiap 20 minit). Harga itu tidak termasuk kos-kos yang saya nyatakan di atas.
Ibarat kalau beli ayam, harga ayam yang dijual di pasar tak sama dengan harga yang dijual oleh McDonalds, KFC, Uncle Bob. Ayam yang telah digoreng yang kita beli di restoren-restoren tersebut ibarat kepingan-kepingan emas seperti goldbar atau dinar yang kita beli di Public Gold.
Kalau nak McDonalds, KFC atau Uncle Bob hantar makanan itu ke alamat kita, maka cas penghantaran itu dikenakan ke atas servis penghantaran. Begitulah juga dengan Public Gold, mereka akan kenakan caj penghantaran untuk mereka hantar emas itu ke alamat kita.
Bagaimana Gold Premium dikenakan?
Caj Premium dikenakan ke atas setiap item/keping emas atau perak yang kita beli. Boleh rujuk jadual yang dilampirkan di atas untuk senarai item dengan caj premiumnya.
Katakan kita membeli 2 keping syiling emas 1 dinar, kita akan dikenakan RM 10 bagi setiap satu atau RM 20 untuk jumlah keseluruhan.
Bagi yang buat belian secara Easy Payment Purchase (EPP) Shariah, iaitu 4x atau 10x bayaran (bila ada promosi), ada caj tambahan yang dinamakan EPP Premium.
Beli Item yang besar untuk jimatkan caj Gold Premium
Kalau kita ada bajet untuk beli syiling emas 5 dinar, kita terus beli item 5 dinar. Elakkan beli 1 dinar x 5 kerana kita akan dikenakan RM 50 (RM 10 x 5 keping) berbanding RM 20 (caj Gold Premium 5 Dinar. Jimat RM 30.
Lakukan “homework” sendiri sebelum mulakan belian
Walaupun kita boleh berjimat dengan lebih banyak dengan membeli item yang besar berbanding membeli item yang kecil yang sama nilainya, kita perlu pastikan kita mempunyai matlamat yang jelas mengenai emas yang kita simpan itu.
Sebagai contoh, syiling emas 10 Dinar cajnya RM 40 berbanding syiling emas 1 Dinar x 10 yang cajnya RM 100. Namun sekiranya kita gunakan tunai dalam kadar yang segera, memadai kita membawa 1 atau 2 keping Dinar ke ar-Rahnu untuk mendapatkan wang tunai.
Sekurang-kurangnya kita masih mempunyai baki 8 keping 1 dinar yang kita boleh simpan berbanding kita terpaksa pajak 1 keping 10 Dinar yang saya pasti risiko kita membelanjakan keseluruhan wang tunai tu lebih tinggi.
Pastikan matlamat kita jelas mengapa kita membeli emas kerana dengan matlamat yang jelas kita dapat memaksimumkan keuntungan kita dalam simpanan emas.
Semoga bermanfaat.