Secara ringkasnya, Public Gold merupakan sebuah syarikat pengeluar dan jual beli emas pelaburan berlandaskan shariah terbesar di Malaysia. Ibu Pejabat Public Gold terletak di Bayan Lepas, Pinang dan kini mempunyai 16 cawangan di Malaysia dan 3 cawangan di Indonesia.
Public Gold kini merupakan jenama emas pelaburan yang paling dipercayai sejak 2008 dan diterima luas oleh kebanyakan ar-Rahnu di seluruh Malaysia.
Angka Public Gold
penyimpan emas berdaftar
cawangan
tahun beroperasi
Kelebihan Public Gold
Secara asasnya, saya nampak ada 6 kelebihan Public Gold yang membuatkan Public Gold merupakan syarikat pengeluar dan jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia, iaitu;
#1 Transaksi Jual Beli Emas Patuh Shariah
Transaksi jual beli emas di Public Gold telah pun mendapat pengesahan patuh shariah dari firma shariah terkemuka iaitu Armanie Advisors Sdn Bhd yang dinaungi oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar pada tahun 2016.
Pengesahan patuh syariah termasuk kaedah belian Bayaran Penuh, Easy Payment Purchase (EPP), dan Gold Accumulation Program (GAP), serta buyback (beli balik).
#2 Harga Emas Lebih Rendah & Telus
Harga yang ditawarkan oleh Public Gold rata-rata lebih rendah berbanding harga yang dijual di kedai-kedai emas atau syarikat jual beli emas yang lain kerana Public Gold mempunyai kilang untuk minting & refinery emas sendiri. Tiada hidden charge yang dikenakan. Anda bayar dengan harga yang dipaparkan di skrin anda.
Tambahan lagi, harga emas di Public Gold disemak setiap 20 minit atau 72 kali sehari mengikut pergerakan harga emas dunia. Bagi Akaun Emas GAP, harga emasnya disemak sekali sehari iaitu pada jam 12:00 malam setiap hari.
#3 Jaminan Beli Balik
Public Gold mempunyai kilang untuk minting & refinery sendiri jadi tiada masalah untuk Public Gold membeli semula emas-emas keluaran mereka walaupun emas tersebut calar, kemek, bengkok. Rata-rata syarikat jual beli emas yang lain tidak menerima emas yang rosak walaupun emas tersebut jenama mereka sebab mereka perlu menanggung kos untuk membaikpulih emas tersebut dengan menghantar emas tadi ke kilang emas.
#4 Simpan Emas Percuma
Public Gold menawarkan penyimpanan emas secara percuma melalui Akaun Emas GAP. Tak perlu bimbang untuk simpan emas sendiri. Public Gold simpankan kesemua emas di Akaun Emas GAP di Public Safe dan Public Safe memang dilindungi dengan insurans.
#5 Transaksi Secara Online & Hujung Jari
Penyimpan emas boleh beli emas secara online melalui laman web dan apps Public Gold. Penyimpan emas emas juga boleh menyemak harga emas terkini di laman web dan apps Public Gold untuk membeli dan menjual pada harga yang terbaik.
#6 Penghantaran Emas Berinsurans
Public Gold akan hantarkan emas melalui servis Gold in Transit (GIT) iaitu penghantaran emas berinsurans ke tempat anda. Dijamin sampai atau pihak Public Gold akan menggantikan yang emas yang baru sekiranya berlaku kehilangan.
Had setiap parcel ialah 21.25 gram (bernilai sekitar RM6,000).
Satu lagi..
Keupayaan Balik Dalam Jumlah Yang Besar
Banyak syarikat atau kedai emas boleh jual emas, tapi tak banyak yang mampu beli balik emas yang kita ada terutamanya dalam jumlah yang besar. Bila hal ini berlaku, pelabur-pelabur yang beli berkilo-kilo emas akan hadapi masalah bila nak jual semula emas mereka.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, Public Gold tak ada masalah nak beli emas dalam jumlah yang besar. Menurut guru emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.
Public Gold Jenama Diyakini Sejak 2008
Sejak mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu yang membuatkan reputasi Public Gold tercalar. Belum ada lagi penyimpan emas yang kena tipu lagi dengan Public Gold, dalam erti kata yang mudah, belum ada lagi pelanggan Public Gold yang beli emas tapi tak dapat emas dari Public Gold.
Public Gold hanyalah syarikat atau “kedai emas” yang hanya menawarkan jual dan beli emas dan Public Gold telah pun menyediakan platform yang terbaik untuk penyimpan dan pelabur emas memulakan simpanan dan pelaburan mereka.
Memorandum Persefahaman (MoU) Public Gold dengan SIRIM
Public Gold melalui anak syarikatnya iaitu Public Gold Mint Sdn Bhd, merupakan syarikat pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan SIRIM untuk menetapkan piawaian produk-produk emas melalui makmal SIRIM iaitu Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia atau National Metrology Institute of Malaysia (NMIM).
Perjanjian persefahaman ini merupakan sebahagian dari rancangan 10 tahun Public Gold untuk mendapatkan pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA) yang mana dengan pengiktirafan LBMA ini membolehkan Public Gold mengembangkan perniagaannya emasnya keseluruh dunia!
Jadi, jangan ragu-ragu kalau nak mulakan simpanan emas bersama dengan Public Gold.