Apa itu Akaun Emas GAP?
Gold Accumulation Program atau GAP ialah platform yang disediakan oleh Public Gold (PG) dan ia merupakan salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian.
Konsep GAP sama seperti akaun bank atau platform pelaburan yang lain, bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas.
Apa Kelebihan Menyimpan Melalui Akaun Emas GAP?
Secara ringkasnya, menyimpan emas melalui GAP ini akan mendapat kelebihan berikut:
- Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara atas talian dengan bajet minimum RM100.
- Tak ada syarat wajib beli setiap bulan dan boleh beli & jual bila-bila masa secara atas talian.
- Public Gold simpankan emas secara percuma tanpa ada syarat apa-apa.
- Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
- Kalau nak keluarkan emas yang kita dah kumpul dan simpan sendiri pun boleh, dengan syarat kena ada minima 1 gram untuk pastikan Akaun GAP kekal aktif.
- Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram sehingga paling besar emas 1 kilogram. Nak keluarkan dalam bentuk dinar pun boleh asalkan cukup baki dalam akaun.
- Public Gold boleh poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) tapi ini tertakluk pada nilai emas RM 5,000 ke bawah
- Paling penting, kaedah GAP ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.
Siapa Yang Sesuai Menyimpan Di Akaun Emas GAP?
Sebenarnya semua orang boleh menyimpan melalui kaedah GAP ini, tetapi saya nampak kaedah ini lebih bermanfaat kepada mereka yang:
- Nak mulakan simpanan emas dengan bajet kecil.
- Nak mulakan simpanan emas, tapi bimbang nak simpan sendiri di rumah.
- Nak beli emas dengan Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat/cawangan Public Gold. Asalkan ada internet, anda boleh mula menyimpan emas.
- Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan.
- Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak dengan GAP Junior Account.
Bagaimana Nak Daftar Akaun Emas GAP?
Ikut langkah-langkah di bawah untuk pendaftaran Akaun Emas GAP dan untuk membuat pembelian pertama di Akaun Emas GAP.
Pendaftaran Akaun GAP
- Klik .
- Isi ruangan yang diperlukan.
- Pastikan tick Generate PG Code.
- Submit.
- PG akan hantar emel pengesahan untuk aktifkan akaun di emel yang didaftarkan.
Pastikan anda buat pembelian dalam waktu 24 jam setelah pendaftaran. Jika tidak, akaun anda akan dibekukan. Setelah dapat PG Code, ikut langkah di bawah untuk buat pembelian pertama.
Pembelian Emas di Akaun Emas GAP
- Download App di Google Play / App Store
- Klik Shop > Pilih GAP > Klik Purchase
- Masukkan jumlah gram atau RM dan klik Place Order
- Nanti apps akan terus ke FPX untuk buat pembayaran.
- Selesai.
Boleh semak status transaksi baki dalam akaun dalam masa 24 jam.
Kalau perlu bimbingan untuk pendaftaran Akaun Emas GAP, boleh terus hubungi saya. Klik pada Hubungi Saya di bawah.